Orang muda lebih percaya influencer daripada ahli politik -Nurul Izzah

LocalPolitics
17 May 2025 • 3:12 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar meluahkan kebimbangan terhadap kecenderungan anak muda masa kini yang lebih percaya influencer media sosial dan pemimpin masyarakat berbanding ahli politik.

Anak muda lebih percaya influencer

Memetik laporan dari Malaysiakini, beliau merasakan perkara tersebut sebagai cabaran utama yang perlu ditangani parti politik untuk memenangi kembali hati rakyat, khususnya generasi muda.

“Mereka lebih banyak meletakkan kepercayaan pada tangan influencer, asatizah, pimpinan masyarakat yang mereka rasakan lebih mewakili (suara) mereka,” katanya semasa ucapan dalam program Temu Rapat Akar Umbi Bersama Membina Parti Kita di Kuantan.

image is not available

Lebih percaya influencer, tak ambil peduli tentang politik

Nurul Izzah turut memetik hasil satu tinjauan tanpa menyatakan sumber memaklumkan yang 68 peratus golongan muda tidak mengambil peduli hal politik semasa.

“Jadi, mana-mana parti politik pun, apabila kita ada maklumat ini… (apa) yang saya cadangkan, yang saya mahukan, perkara pertama kita lakukan (ialah) kita kongsi (maklumat) dengan pimpinan supaya kita dapat ‘melawan’ apabila masanya tiba,” ujarnya.

image is not available

Difahamkan, program tersebut merupakan sebahagian daripada siri jelajah Nurul Izzah dan pasukannya ke seluruh negara menjelang pemilihan parti yang bakal berlangsung pada 23 Mei ini.

image is not available

Turut hadir dalam program itu ialah calon Naib Presiden PKR, Amirudin Shari dan calon Ketua Wanita, Fadhlina Sidek. Mereka dilihat bersatu dalam usaha memperkukuh parti serta menarik semula sokongan akar umbi, khususnya dalam kalangan pengundi muda.

Sumber: Malaysiakini (NS Ramli), YouTube JASON Update