“Orang Perempuan Nak Tahu Chubby Ke Tak Kena Pegang Sini” – Pensyarah Gatal

16 Feb 2024 • 11:08 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice mendedahkan ada menerima aduan daripada seorang ibu mendakwa anaknya telah dicabul pensyarah kolej.

Difahamkan, si ibu dan anak sudah membuat laporan polis tetapi pensyarah turut membuat dua laporan polis menafikan dakwaan terbabit.

Anak kena cabul

Jadi, Caprice meminta sesiapa yang pernah menjadi mangsa pensyarah terbabit tampil ke hadapan untuk menuntut keadilan.

Selain kes tersebut, ada seorang lagi individu mengadu pernah menjadi mangsa pensyarah gatal ketika belajar dahulu.

Dakwanya, setiap hari pensyarah berkenaan akan menghubunginya ajak lepak di bilik pejabat. Pernah satu ketika, dia bersetuju untuk keluar bersama dan terkejut apabila pensyarah berani memegang tangannya.

image is not available

Tak cukup dengan itu, pensyarah yang sudah berkahwin itu memegang belakang badannya dan menarik tali baju dalam untuk ‘rasa’ berisi atau tidak.

Difahamkan, mangsa terpaksa bertahan selama satu sem kerana menjadi setiausaha kelas dan kena berurusan dengannnya. Lepas semester tamat, dia terus menyekat nombor telefon pensyarah terbabit!

Uish! Biar betul pensyarah yang berpelajaran boleh buat perbuatan terkutuk macam ni?

Kredit: Instagram Caprice

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

View Original Article