Orang politik kena lebihkan ‘Hollywood’, lagi-lagi MP pembangkang -Aazief Khalid

PoliticsOpinion
21 Jun 2026 • 4:09 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Personaliti media sosial, Aazief Khalid telah menyuarakan pendapatnya berkenaan ahli politik yang perlu lebih dikenali menerusi media sosial terutama ahli parlimen yang duduk di kerusi pembangkang.

MP pembangkang kena lebihkan ‘Hollywood’

Dalam hantaran yang dikongsi di platform Thread, Aazief merasakan langkah “Hollywood” yang dilakukan oleh ahli politik seperti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mampu mendapatkan banyak dana untuk kawasannya.

“Saya rasa orang politik kena lebihkan “Hollywood”, lagi-lagi ahli parlimen pembangkang yang peruntukkan dia daripada kerajaan memang RM 0,” tulisnya.

Image from: Orang politik kena lebihkan ‘Hollywood’, lagi-lagi MP pembangkang -Aazief Khalid

Contoh beberapa dana berjaya disalurkan di Muar

Anak tiri kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu juga menyenaraikan beberapa dana yang berjaya disalurkan oleh Syed Saddiq ke Muar dengan menggunakan langkah ‘Hollywoood’, iaitu kolaborasi dengan jenama-jenama terkenal menerusi media sosial.

Beliau dilihat menggunakan populariti yang diraih untuk mendapatkan peruntukan yang diberikan semula kepada rakyat Muar.

“Dengan cara “Hollywood”, Syed Saddiq pun telah buat sumbangan dengan secara konsisten, antaranya: 
RM1 juta daripada kempen Ironman, berkolaborasi dengan Prima Valet untuk sumbangan bank makanan di Muar, Kempen Thunderbold yang telah berjaya memberi 400 tablet untuk pelajar di Muar dan gaji ahli parlimen beliau turut dibahagikan kepada rakyat Muar secara konsisten.” tulisnya lagi.

Pujian untuk MP Muar

Walau bagaimanapun, kenyataan dibuat Aazief adalah pandangan peribadinya dan dilihat tidak merujuk kepada mana-mana pihak.

Perkongsiannya telah mendapat perhatian netizen di media sosial dan kebanyakan daripada mereka bersetuju dengan apa yang dinyatakan Aazief.

Image from: Orang politik kena lebihkan ‘Hollywood’, lagi-lagi MP pembangkang -Aazief Khalid

MP galas tanggungjawab, tak duduk diam

Image from: Orang politik kena lebihkan ‘Hollywood’, lagi-lagi MP pembangkang -Aazief Khalid

Ada yang setuju dengan cara itu

 

Image from: Orang politik kena lebihkan ‘Hollywood’, lagi-lagi MP pembangkang -Aazief Khalid

Sebelum ini, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menerusi sesi Podcast Bual Santai Petang DYAM Pemangku Sultan Johor Bersama Orang Muda Johor menasihati orang ramai supaya lebih bijak menilai pemimpin dan tidak mudah terpengaruh dengan imej yang dipaparkan di platform digital.

Baginda bertitah, trend meminati ahli politik yang bersifat populis dan gemar ‘berlakon’ di media sosial perlu diubah kerana ia tidak semestinya mencerminkan kemampuan sebenar seseorang untuk mentadbir.

Sumber: Thread aaziefkhalid