Orang Ramai Berang Lihat Tindakan Pengunjung ‘Gatal Tangan’ Rosakkan Hiasan Lego Di Pusat Beli Belah [Foto]

15 Aug 2022 • 10:32 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available
alihkan hiasan blok lego di sebuah pusat beli belah

Tidak dinafikan permainan blok Lego diminati oleh banyak peringkat umur bermula dari kanak-kanak sehinggalah dewasa.

Namun, dalam meminati sesebuah perkara kita tidak sepatutnya merosakkan sesuatu yang bukan milik kita apatah lagi jika ia telah menjadi perhiasan untuk digunakan di sebuah majlis ataupun tempat.

Tindakan segelintir orang awam rosakkan hiasan di pusat beli belah

Baru-baru ini, tular satu hantaran oleh seorang pengguna di Facebook yang memaparkan tindakan sesetengah orang awam yang telah merosakkan hiasan lego di sebuah pusat beli belah di Pulau Pinang.

Menerusi hantaran di Facebook B40 Buat Perangai Apa Hari Ni, turut mendapat perhatian orang ramai apabila blok Lego yang menunjukkan ‘Sunway Carnival’ itu telah diubah sehingga tidak menampakkan lagi tulisan tersebut.

image is not available

Amaran telah diletakkan namun tidak diendahkan

Malah, amaran untuk tidak mengalihkan blok Lego berkenaan turut dipamerkan oleh pusat membeli belah tersebut, namun ia seperti tidak diendahkan.

“Perangai buruk betul, mak, bapa, anak semua perangai sama. Sudah terang-terang tulis jangan ubah blok lego tu.

“Ia asalnya dibentuk dengan tulisan ‘Sunway Carnival’ dan untuk ‘Snap And Win Contest’ tapi tengok perangai masyarakat kita ni,” jelas pengguna itu.

image is not available
Foto: FB B40 Buat Perangai Apa Hari Ini

Kasihan mengenang nasib kaki tangan yang terpaksa menyusun semula blok Lego

image is not available
Foto: FB B40 Buat Perangai Apa Hari Ni

Menurutnya, dia turut kasihan mengenangkan nasib kaki tangan di pusat membeli belah tersebut kerana sudah pasti mereka terpaksa menyusun semula blok Lego berkenaan kepada tulisan asal blok tersebut.

“Kesian dekat staff mall malam ni bila dah tutup, mereka terpaksa susun balik untuk jadi balik ayat ‘Sunway Carnival’,” katanya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan tersebut, malah ada juga yang berpendapat kawasan tersebut patut diletakkan penghadang.

Segelintir pengguna turut memberi cadangan agar penganjur menggunakan dwibahasa pada notis amaran yang dipamerkan.

image is not available
Foto: FB B40 Buat Perangai Apa Hari Ni

“Perangai gatal tangan kot, jenis tangan tak reti nak duduk diam”

image is not available

“Susah.. semakin tulis jangan, semakin lah mereka buat”

image is not available

“Letaklah benda di keliling Lego tu”

image is not available

View Original Article