Orang ramai berpeluang lihat 19 fenomena astronomi, kunjungi balai cerap di Sabak Bernam

10 Jan 2023 • 11:12 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 10 JAN: Orang ramai berpeluang melihat fenomena keindahan objek di langit menerusi teleskop di Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam sepanjang Januari.

Jabatan Mufti Selangor memaklumkan pihaknya menyenaraikan 19 fenomena almanak astronomi antaranya melibatkan matahari, bulan, planet, bintang dan galaksi.

“Orang awam yang ingin melihat fenomena astronomi tersebut menggunakan teleskop dijemput hadir ke Balai Cerap Selangor di Sabak Bernam,” katanya menerusi Facebook.

image is not available
Kakitangan Institut Perakaunan Negara melawat Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam pada 10 Februari 2022. Foto Institut Perakaunan Negara

Mereka yang berminat boleh mengisi borang permohonan lawatan di pautan www.muftiselangor.gov.my

Berikut fenomena almanak astronomi yang disenaraikan Jabatan Mufti Selangor sepanjang Januari:

image is not available