Orang ramai boleh uji kereta api laju Jakarta-Bandung pada Oktober: Jokowi

14 Sep 2023 • 7:54 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BANDUNG: Presiden Joko Widodo (Jokowi) menyatakan orang ramai boleh mengambil bahagian dalam ujian perjalanan kereta api cepat Jakarta-Bandung (KCJB) yang bermula pada Oktober tahun ini.

“Mari kita berharap agar orang ramai dapat menggunakan kereta api berkelajuan tinggi bermula dari awal Oktober 2023,” katanya semasa aktiviti uji perjalanan di Stesen KCJB Padalarang, Daerah Bandung Barat, Jawa Barat, pada Rabu.

Ketua negara itu menegaskan bahawa kerajaan akan meneruskan rancangan untuk memberi peluang kepada orang ramai menaiki kereta api, yang boleh melakukan perjalanan dari Jakarta dan Bandung dalam masa kira-kira 50 minit sahaja, secara percuma sepanjang tempoh ujian.

Jokowi pada masa sama berharap operasi kereta api berkelajuan tinggi itu dapat membantu kerajaan dalam usaha menarik lebih ramai rakyat beralih menggunakan pengangkutan awam.

“Perlu diingat bahawa kesesakan lalu lintas di Jabodetabek dan Bandung telah mengakibatkan kerugian lebih daripada Rp100 trilion (US$6.5 bilion),“ katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved