Orang ramai dilarang beri wang kepada pengemis, gelandangan 

25 Jul 2026 • 1:11 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Orang ramai dilarang beri wang kepada pengemis, gelandangan 

BANGKOK – Pihak berkuasa Pattaya menggesa penduduk dan pelancong tidak memberi wang kepada gelandangan dan pengemis dalam usaha mengawal selia ruang awam dan menggalakkan golongan terpinggir memanfaatkan akses perkhidmatan kebajikan kerajaan, lapor laman berita Thaiger kelmarin. 

Satu operasi dijalankan di Pantai Pattaya, Soi Buo Khao dan beberapa lokasi lain, baru-baru ini susulan aduan daripada penduduk tempatan. 

Tindakan bersepadu itu melibatkan penyertaan pegawai daripada pelbagai agensi kerajaan dan dipimpin oleh Timbalan Datuk Bandar Pattaya, Damrongkiat Pinitkan.

Matlamat utama operasi adalah mengenal pasti golongan gelandangan dan menawarkan bantuan selaras dengan prinsip kebajikan sosial, selain mempertingkatkan kebersihan serta ketenteraman di tempat awam. 

“Ia bertujuan meningkatkan imej Pattaya sebagai salah satu destinasi pelancong terkemuka di Thailand sambil menangani aduan berhubung gangguan di beberapa tempat awam,” kata Pinitkan. 

Menurutnya, kebanyakan gelandangan menolak bantuan yang ditawarkan oleh agensi kerajaan. 

“Beberapa gelandangan yang ditemu bual memilih untuk kekal di Pantai Pattaya kerana mereka kerap menerima wang dan bantuan lain daripada pengunjung termasuk pelancong. 

“Beberapa individu membeli tikar dan kerusi untuk disewakan secara haram kepada pengunjung, sehingga menimbulkan pertelingkahan apabila mereka enggan menyewa peralatan tersebut,” kata Pinitkan.  – AGENSI 

 

The post Orang ramai dilarang beri wang kepada pengemis, gelandangan  appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved