Orang ramai dilarang guna nama, logo SC tanpa kebenaran

Business & Finance
14 Aug 2023 • 12:54 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Orang ramai dilarang guna nama, logo SC tanpa kebenaran

zulfadli

14/08/2023 - 12:54

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memberi amaran kepada orang ramai, khususnya pelabur, tentang penggunaan nama dan logo SC secara tidak sah oleh entiti/syarikat tertentu dalam bahan promosi untuk produk pelaburan mereka.

Khususnya, SC ingin menekankan bahawa ia tidak meluluskan sebarang produk pelaburan amanah tunai di pasaran. Oleh itu, sebarang penggunaan nama dan logo SC dalam bahan promosi pelaburan amanah tunai adalah dilarang.

SC berkata, pihaknya memandang serius perkara ini kerana tindakan sedemikian boleh mengelirukan orang ramai bahawa SC meluluskan produk amanah tunai.

"Dua syarikat baru-baru ini telah dikenal pasti menggunakan nama dan logo SC dalam bahan promosi mereka untuk produk pelaburan amanah tunai tanpa kebenaran.

"Mereka telah diarahkan untuk mengeluarkan sebarang rujukan kepada SC dalam semua bahan promosi yang berkaitan termasuk video," katanya dalam kenyataan media di sini.

Menurut kenyataan itu, SC ingin mengingatkan orang ramai serta syarikat amanah bahawa video mengenai amanah tunai yang dihasilkan oleh SC adalah untuk tujuan pendidikan sahaja.

Katanya, ia tidak bertujuan untuk diterbitkan semula di mana-mana medium oleh syarikat amanah berhubung dengan produk pelaburan amanah tunai mereka.

"Orang ramai amat digalakkan untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan atau maklumat pelaburan yang mengelirukan kepada SC.

"Ini akan membantu melindungi pelabur lain daripada potensi risiko dan membantu mereka dalam membuat keputusan pelaburan termaklum," katanya.

Pejabat Pengguna dan Pelabur SC boleh dihubungi di +603 6204 8999 atau melalui e-mel aduan@seccom.com.my untuk laporan atau pertanyaan. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved