Orang ramai diminta waspada, Hijrah tidak lantik ejen urus skim pembiayaan peribadi

30 Jan 2024 • 7:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 30 JAN : Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) tidak pernah melantik ejen untuk menguruskan permohonan skim pembiayaan peribadi di bawah agensi itu.

Agensi itu memaklumkan orang ramai diminta berwaspada dan diminta menghubungi ibu pejabat Hijrah menerusi talian 03-5523 3611 atau hadir ke cawangan berdekatan jika terdapat keraguan mengenainya.

“Hijrah tidak pernah melantik mana-mana ejen bagi menguruskan permohonan skim pembiayaan Hijrah Selangor kecuali menerusi rakan strategik dan syarikat peneraju lantikan sah,” jelasnya di Facebook.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi ibu pejabat Hijrah Selangor menerusi talian 03-5523 3611.

Maklumat berhubung pembiayaan Hijrah Selangor juga boleh dilayari menerusi pautan berikut https://www.hijrahselangor.com/risalah-skim-hijrah…/.

Sejak penubuhannya pada 2015, agensi tersebut menyediakan bantuan modal kepada mereka yang mahu berniaga secara kecil-kecilan atau mengembangkan perniagaan.

Pembiayaan yang ditawarkan Hijrah ialah skim i-Bisnes, skim i-Bermusim, skim Niaga Darul Ehsan (NaDI), skim Go Digital dan skim Zero To Hero.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved