Orang ramai dipelawa meriahkan Majlis Penutupan SRG e-Sports School 2026 esok

LocalGaming
29 Aug 2026 • 4:51 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Orang ramai dipelawa meriahkan Majlis Penutupan SRG e-Sports School 2026 esok

SUNGAI BURONG, 29 OGOS: Ibu bapa dipelawa membawa anak-anak memeriahkan Majlis Penutupan SRG e-Sports School (SES) 2026 yang berlangsung esok di ESI Spacerubix, Puchong.

Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI (Yayasan MBI) Ahmad Azri Zainal Nor berkata program bersama SRG Esports itu menjadi acara kemuncak selepas pelaksanaan program e-sukan membabitkan 10 sekolah di Selangor.

Menurutnya, berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 6 petang, pelbagai hadiah menarik, cenderahati serta aktiviti berkaitan e-sukan disediakan kepada pengunjung termasuk peluang bertemu pemain SRG menerusi SRG Fan Day.

“Matlamat akhirnya adalah untuk melahirkan bakat baharu untuk pasukan Selangor Red Giants (SRG) pasukan yang kita taja dalam permainan Mobile Legends.

“Program ini juga untuk mencungkil bakat pelajar supaya mereka melihat kerjaya dalam bidang e-sukan bukan hanya sebagai pemain, tetapi dalam pelbagai lagi bidang dalam ekosistem e-sukan,” katanya ketika ditemui Media Selangor.

Image from: Orang ramai dipelawa meriahkan Majlis Penutupan SRG e-Sports School 2026 esok
Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor ditemui media selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa bencana di Kampung Parit Empat Sekinchan pada 29 Ogos 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

Menurutnya, program itu turut menjadi platform pameran (showcase) bagi membuktikan e-sukan boleh dilaksanakan seiring dengan agenda pendidikan.

“Kita nak tunjukkan kepada semua orang terutama di Selangor bahawa kita boleh laksanakan program e-sukan ini tanpa meninggalkan agenda pendidikan kita,” katanya.

Selain pertandingan dan aktiviti e-sukan, pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti di SRG Fan Day, termasuk mendapat hadiah serta cenderamata SRG.

Orang ramai khususnya keluarga dan peminat e-sukan di Selangor dipelawa hadir memberikan sokongan dan difahamkan majlis esok turut dihadiri Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari serta Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved