Orang ramai dipelawa meriahkan Pesta Tg Aru 28 - 29 Okt

15 Oct 2023 • 12:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) akan menganjurkan Pesta Pantai Tanjung Aru (TABF) selama dua hari di Taman Prince Phillip, hujung Oktober ini.

Menterinya, Datuk Christina Liew berkata, pesta dua hari yang bermula 28 Oktober tersebut merupakan acara bebas sampah dan terbuka kepada orang ramai bermula seawal 10 pagi sehingga 10malam.

“Matlamat utama acara ini adalah untuk mengembalikan keindahan dan menjaga kebersihan Tanjung Aru selain mempromosikan pantai awam sebagai produk pelancongan dengan pemandangan indah matahari terbenam.

“Beberapa acara pertandingan diketengahkan iaitu sukan bola sepak pantai, limbo rock, tag ragbi, berkayak, papan kayuh berdiri, pertandingan mewarna dan membina istana pasir bagi kanak-kanak.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Di samping itu, pengunjung boleh melawat pelbagai gerai, menikmati sesi zumba, bertemu dan bersalaman dengan pemain Kelab Bola Sepak Sabah, ceramah berinformasi, pertandingan fotografi serta cabutan tiket bertuah,” katanya dalam sidang media, pada Jumaat.

Beliau mengalu-alukan orang ramai berkunjung ke Pantai Tanjung Aru dan memaklumkan perkhidmatan bas disediakan dari Pusat Beli Belah Imago ke pusat riadah tersebut secara berjadual bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.

“Pengunjung juga disediakan basikal dan sebarang maklumat tambahan atau kemas kini bolehlah diperolehi di laman web rasmi www.hellosabah.com.,” ujarnya.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Eksekutif Tanjung Aru Eco Development Sdn Bhd (TAED), Datuk Ir. Abdul Aziz Julkarnain, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah, Noredah Othman dan Timbalan Setiausaha Tetap KePKAS, Mary Malangking.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article