
Sorakan Padu Iringi Peserta Terakhir Tamatkan Marathon 42KM di Miri
Orang Ramai Iring Peserta Terakhir Marathon Miri Sampai Garisan Penamat Bikin Berair Mata. Detik mendebarkan tetapi menyentuh hati tercipta di garisan penamat Miri Marathon 2025 apabila seorang peserta terakhir (berbaju kuning) berjaya menamatkan larian 42KM hanya 17 saat sebelum masa maksimum tamat. Masa rasmi beliau dicatatkan ialah 6 jam 59 minit 43 saat, tepat-tepat sebelum had masa 7 jam yang ditetapkan penganjur.
Lebih membanggakan, beliau ditemani dan disorak oleh sekumpulan pelari lain yang tidak putus-putus memberi semangat.

“Angkol strong last man standing” – netizen
Peserta yang tidak dikenali identitinya itu menjadi tular di TikTok selepas beberapa video menunjukkan detik-detik beliau berlari ke garisan penamat sambil diiringi oleh ramai pelari lain. Meskipun keletihan jelas terpancar di wajahnya, semangat yang dibawanya cukup kuat untuk mengundang rasa sebak dan kagum daripada ramai warga maya.
“You are not the last, you are the finisher,” antara komen yang mendapat banyak sokongan dalam ruangan komen video tersebut. Netizen rata-rata memuji sikap positif komuniti larian yang bersama-sama mengiringi pelari veteran itu hingga ke akhir. Ada yang menyifatkan beliau sebagai “final fighter” yang sebenar dan lambang semangat perjuangan sejati.
@hac.cappuccino The final fighter #fyp #fypシ゚ #mirimarathon #running ♬ viva la vida – moiseslyricsss
@azmikacaiii 42km Veteran MIRI MARATHON 2025 The Final Fighter to Finishing Line before cut off time 7hour congrats uncle we also support each other and Finish Strong Uncle✨ #turtlepacerunner ⚡️ #mirimarathon2025 #plvsvtrarun #gtb #miripipol #4upage #running #fypシ゚viral #fyp #fypシ゚viral tiktok #raya #miri #4upageonly ♬ Viva La Vida (Live) – Coldplay
Momen Penuh Makna dan Sokongan Komuniti
Apa yang menjadikan detik ini lebih istimewa adalah semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh pelari lain. Ada yang turut berlari bersama walaupun sudah selesai perlumbaan, hanya untuk memberi sokongan kepada “uncle” tersebut. Sorakan demi sorakan, tepukan gemuruh dan jeritan “Semangat, uncle!” bergema di sepanjang laluan terakhir sebelum garisan penamat.
Netizen turut memuji penganjuran Miri Marathon yang digambarkan sebagai antara paling ‘sporting’ dan meriah di Sarawak. Ramai yang menyamakan semangat yang ditunjukkan di Miri dengan pengalaman luar biasa yang mereka alami di acara seperti Bintulu Marathon.
Penghargaan Buat Warga Miri dan Borneo
Ada juga pengguna media sosial yang mengaitkan momen tersebut dengan kenangan peribadi — termasuk yang pernah menjadi pelari terakhir akibat kecederaan, tetapi tetap mahu menamatkan larian tanpa bantuan. Mesej yang jelas daripada semua ini: bukan soal siapa paling pantas, tapi siapa yang sanggup teruskan hingga akhir.
Warga Borneo, khususnya di Sabah dan Sarawak, sekali lagi membuktikan bahawa semangat komuniti dan sokongan moral adalah tunjang kekuatan acara seperti ini. Momen ini bukan sekadar tentang menamatkan perlumbaan, tetapi tentang menghargai semangat juang, kesabaran dan keazaman.
“Pelari terakhir adalah pejuang sebenar. Mereka ialah pemenang dalam hati kita semua.”
Lihat di bawah untuk ketahui senarai acara larian di Sarawak tahun ini:
