
Syarikat Penyiaran Finland Yle secara khas telah membawa orang ramai ‘merasai’ letupan nuklear secara langsung menggunakan teknologi alam maya atau virtual reality (VR).
Menerusi laman sesawang Yle, satu bom hidrogen iaitu Ivy Mike pernah digugurkan di tengah Lautan Pasifik yang dikenali sebagai Enewetak Atoll pada 1952 dahulu.
Justeru bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk melihatnya dengan ‘lebih dekat’, Paradise VR dicipta daripada rakaman video dan foto yang diambil daripada wartawan Yle.
Perkara itu mula tular di media sosial sehingga membuatkan ramai yang ingin tahu kesan daripada letupan ekoran tidak pernah merasainya.
Sementara itu laman Twitter The Unexplained turut memuat naik satu video letupan nuklear di Enewetak Atoll yang ditonton secara VR.
This is what it’s like to experience a Nuke in virtual reality
pic.twitter.com/pdWmxxccaG
— The Unexplained (@Unexplained) April 18, 2022
“Bunyi itu sahaja akan merosakkan otak secara kekal sekiranya letupan itu tidak membunuh walaupun berada dekat dengannya.
“Cahaya yang menyilaukan diikuti oleh haba yang kuat akan membunuh serta akan hilang pendengaran dan penglihatan dalam masa beberapa minit,” kata salah seorang yang memaklumkan mengenai kesan itu di Twitter.
Ada yang turut memberi komen mengenai kecantikan letupan itu namun ada yang memintas dan berkata, “Kebenaran yang mengganggu, sangat pelik…untuk mempertimbangkan,” katanya.
Letupan Mike dicipta tahun 1952
Letupan Ivy Mike 1952 telah diadaptasi secara digital dan dimodelkan agar sesuai dengan persekitaran sebenar.
Difahamkan juga, pada 1 November 1952, Amerika Syarikat (US) telah menguji bom gabungan pertama dalam Operasi Ivy di Pulau Elugelab Di Enewetak Atoll di kepulauan Marshall.

Letupan itu melibatkan dua bom ujian, iaitu peranti gabungan yang dikenali Mike dan satu lagi peranti pembelahan sebagai stockpile.
Bom hidrogen seberat 82 tan itu adalah reka bentuk prototaip eksperimen dan tidak tergolong dalam senjata yang boleh dihantar disebabkan oleh beratnya.
Namun bom itu merupakan nuklear pertama yang memberi letupan besar ekoran daripada gabungan dan penyatuan atom dibuat untuk menghasilkan bom itu.

Mike diletupkan dari kapal kawalan sejauh 30 meter dan mengakibatkan letupan besar bersamaan dengan 10.4 megaton tan.
“Seperti yang disaksikan oleh pelbagai kapal di laut, letupan itu tidak mudah untuk digambarkan.
“Diiringi oleh cahaya yang terang, gelombang haba dirasai serta-merta pada jarak tiga 30 hingga 35 batu,” kata salah seorang yang mencipta Operasi Ivy, memetik Time.
Sehubungan itu, a merupakan letupan nuklear terbesar yang pernah berlaku pada 1952 dan telah menduduki tempat keempat dalam senarai semua ujian nuklear US.
Macam mana nak saksikan nuklear depan mata?
Merujuk portal Yle, orang ramai kini boleh merasai pengalaman menyaksikan letupan nuklear secara VR menerusi program Paradise VR yang dicipta di bawah syarikat penyiaran tersebut.
Berikut di bawah adalah langkah-langkahnya:
Untuk memastikan pengalaman letupan dapat dirasai dengan optimum, orang ramai perlu memiliki peralatan-peralatan yang menyokong VR.
Sekiranya mempunyai peralatan VR, orang awam boleh memuat turun versi pengalaman VR yang sesuai secara percuma di sini (3.0 GB).
Selain itu, perkara paling penting untuk merasai VR ialah dengan mempunyai set kepala VR yang serasi untuk StreamVR seperti peranti HTC Vive, Oculus Rift atau Windows Mixed Reality bersama-sama dengan komputer berkuasa tinggi.
Antara alternatif lain ialah menyelam ke Enewetak Atoll yang menakjubkan seperti ini menggunakan telefon bagi merasai versi Paradise VR.
Video diletakkan sebagai 360 darjah dalam aplikasi Youtube dengan memusingkan telefon ke sisi atau menggunakan VR yang murah.
Dalam pada itu, orang ramai juga boleh memuat turun video untuk telefon dan komputer dari pautan ini (mp4, 600 MB).
Namun sekiranya mahukan lebih pengalaman, orang ramai memerlukan pemain yang dilengkapi bahan untuk memainkan media secara 360 darjah seperti Android Media Player.
Sementara itu, pilihan lain ialah dengan menonton pengalaman Paradise VR sebagai video 2D pada skrin komputer, gunakan tetikus untuk bergerak dan meneroka persekitaran anda.
The post Orang Ramai Kini Boleh Lihat Letupan Nuklear ‘Depan Mata’ Secara VR appeared first on Siakap Keli.


