Orang Ramai Perlu Berani Lapor Kes Dera – Nancy

18 Apr 2024 • 8:46 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri pada Seminar Kasih Semurni Usaha KPWKM @Antigangguan Seksual. - gambar FB Hajah Nancy Haji Shukri

KUALA LUMPUR - Orang ramai perlu berani untuk tampil melaporkan sebarang kes penderaan terutamanya di kawasan kejiranan mereka.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, berkata perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

“Talian 15999 telah diperkenalkan tetapi rakyat perlu ada keberanian untuk melapor (kes penderaan), malah mereka (pengadu) juga tidak akan didedahkan nama.

“Apa yang penting supaya masalah itu dilapor dan kita boleh bertindak," katanya. 

Nancy berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kasih Semurni Usaha KPWKM @Antigangguan Seksual serta pelancaran Kempen "Zero Sexual Harassment on Campus" anjuran Institut Sosial Malaysia (ISM) dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kes seorang bayi lelaki berusia enam bulan yang maut dipercayai menjadi mangsa deraan bapa kandung dalam kejadian di Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma, Semenyih, Selangor pada Isnin lepas. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved