Orang ramai serbu Rumah Terbuka Malaysia Madani di Kedah

Politics
29 Apr 2023 • 11:39 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ketibaan Anwar disambut orang ramai sempena sambutan Majlis Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Kedah.

ALOR SETAR - Ribuan penduduk Kedah hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di Hotel Raia, pada Sabtu.

Orang ramai mula membanjiri lokasi bermula 9 pagi walaupun program dijadual bermula pada 10 pagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di bilik jamuan VIP pada 10 pagi dengan diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Setakat jam 11 pagi, dianggarkan lebih 10,000 pengunjung hadir untuk menikmati jamuan disediakan di khemah tetamu selain untuk beramah mesra dengan kepimpinan Pusat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved