

Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak melalui kawasan sekitar Stadium Nasional yang terletak di Bukit Jalil pada Sabtu ini.
Ini kerana Stadium Nasional Bukit Jalil akan menjadi gelanggang pertarungan antara pasukan JDT dan Selangor.

Untuk itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa menasihati orang ramai untuk tidak menggunakan laluan di sekitar stadium jika tidak menonton perlawanan bola sepak
"Elakkan melalui jalan-jalan di sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil jika tidak bertujuan menonton perlawanan bola sepak ini bagi mengelakkan kesesakan jalan raya," katanya.
“Orang ramai juga dinasihati tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan sekitar laluan masuk dan keluar stadium.
"Tindakan saman dan tunda akan diambil kepada kenderaan yang menghalang lalu lintas," katanya.
Perlawanan akhir Piala FA Sabtu ini akan menyaksikan perlawanan antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor FC.


