Orang Rembau diminta bantu cari wanita warga emas hilang

23 Feb 2026 • 3:50 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

REMBAU – Seorang wanita warga emas dilaporkan hilang dan dipercayai berjalan seorang diri di sekitar pekan Rembau, hari ini.

Menurut maklumat yang dikongsikan menerusi hantaran Facebook komuniti Rembau Macam-Macam Ada, makcik berkenaan kali terakhir dilihat berada di kawasan Klinik Kesihatan Rembau sebelum disedari tidak pulang.

Difahamkan, wanita terbabit berada dalam keadaan ingat-ingat lupa dan dikhuatiri tersesat.

Ketika keluar rumah, beliau memakai tudung berwarna hijau atau biru turqoise seperti yang dinyatakan dalam hebahan.

Orang ramai yang terjumpa atau mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi anaknya, Yuslina di talian 013-3694162 atau membawa wanita berkenaan terus ke Balai Polis Rembau.

Laporan polis telah dibuat dan keluarga memohon kerjasama orang ramai untuk membantu menyalurkan maklumat serta berkongsi hebahan ini agar wanita tersebut dapat ditemui segera.