“Orang Tak Kena, Takkan Faham”- Warganet Setuju Dewan Rakyat Perkenal Cuti Haid Untuk Kaum Wanita

21 Jul 2022 • 6:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini pelakon Fizo Omar berkongsikan tentang cuti haid yang diperkenalkan di dewan rakyat melalui entri di Instagram miliknya bertanyakan pendapat orang ramai berkenaan perkara tersebut.

Ramai yang memberikan pendapat berbeza-beza berkenaan perkenalan cuti haid berikut.

Menerusi satu tweet oleh seorang pengguna, dia bersetuju dengan cuti yang diperkenalkan kerana setiap wanita mempunyai tahap sakit senggugut yang berlainan.

Dalam ciapannya itu, dia turut menegaskan bahawa ada antara kalangan wanita yang tidak boleh bangun dan kekejangan semasa waktu haid.

Selain itu, dia juga merasakan bahawa cuti tersebut tidak ada kena mengena dengan cuti umum kerana kebiasaannya kesakitan yang dialami tidak akan mencecah seminggu.

Tweet tersebut rata-ratanya mendapat sokongan ramai warganet kerana majoriti mempunyai pengalaman bekerja yang teruk semasa datang bulan.

image is not available

“Orang yang tak kena, takkan faham” tulis seorang netizen di ruangan komen Instagram milik pelakon itu.

Namun begitu, ada juga individu yang tidak bersetuju dengan cuti yang diperkenalkan kerana menurutnya negara Malaysia terlampau banyak cuti umum.

image is not availableimage is not available

Walau apa pun, lebih baik duduk di rumah jika tidak sihat berbanding datang ke pejabat tetapi tidak produktif. Jadi renung-renungkanlah…

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 jam lalu

(VIDEO) "Letih La Hari-Hari Macam Ni" - Wanita Tak Boleh Tidur Malam, Pesakit Katil Sebelah Berdengkur Kuat