“Orang Tak Tahu Penipuan Dia” – Pengikut Hantar Perbualan Bekas Ibu Mentua & Kenalan Rapat, Shuhada Enggan Simpan Dendam

WorldEntertainment
7 Jun 2024 • 4:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nur Shuhada baru-baru ini meluahkan rasa terkejut apabila bekas ibu mentua didakwa bercerita mengenai dirinya kepada kenalan terdekat.

Perbualan bekas ibu mentua dan kenalan rapat

Menurut Shuhada atau mesra dipanggil sebagai Shu berkata dia mengetahui hal itu apabila salah seorang pengikutnya di media sosial menghantar screenshot perbualan mesej ibu mentuanya.

image is not available

Pengikut saya hantar screenshot itu, saya terkejut bila ada orang mesej saya seperti ini. Saya sangat hormat dekat ibu mertua saya.

Enggan memanjangkan cerita, Shuhada berkata kepada pengikutnya di platform media sosial bahawa mesej itu tidak benar.

Tak mahu keruhkan keadaan

Kata Shu, dia tidak menghubungi bekas ibu mentuanya untuk meminta penjelasan lanjut kerana enggan mengeruhkan keadaan.

Bahkan, malas mahu mengambil pusing mengenai isu itu dan tidak mahu menyimpan dendam.

Saya sampai terfikir-fikir apa yang tak habis lagi. Saya pun tak kacau sesiapa jadi saya harap dia berhenti. Saya pun sudah move on.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

image is not available 6 months ago

(VIDEO) "Mak Doa Kamu Berdua Bahagia Hingga Ke Jannah, Mak Sayang Dua Dua!" - Ibu Hafidz Roshdi Teruja Dapat Menantu Baru