Baru-baru ini tular mengenai dakwaan melibatkan isu seorang pekerja di Restoran Mon Chinese Beef Roti di Bukit Bintang yang memakai rantai salib.
Susulan video tular itu ramai yang mengecam pekerja tersebut dan juga pihak pengurusan restoran berkenaan yang disifatkan tidak memikirkan sensitiviti umat Islam.
Lantaran itu juga, pihak pengurusan restoran membuat permohonan maaf dan memberhentikan pekerja tersebut.
Namun, ramai yang mula mempertikaikan motif disebalik individu yang menularkan insiden ini. Jika lambang salib tersebut dijadikan sebagai pandangan skeptikal atau sandaran status halal, sudah pastinya restoran-restoran halal lain turut menerima tempias yang sama (mengambil pekerja bukan Muslim).
Orang tu dah kena buang kerja, semoga aman la hidup dah tau kau potong rezeki orang. People are trying to make an honest living, tapi nak buat mcm mana, lambang salib pun takut pic.twitter.com/859lNm5PZU
Menerusi hantaran di jaringan X, ramai yang bersimpati dengan nasib pekerja berkenaan dan mengecam tindakan individu yang menularkan rakaman tersebut sehingga mengundang kecaman negatif.
“Orang tu dah kena buang kerja, semoga aman la hidup kau potong rezeki orang. Ada orang yang mahu hidup dalam kejujuran tapi nak buat macam mana, lambang salib pun takut!
“Nak dapat sijil halal dia tak tanya pun rantai apa dipakai. Dia cek pembekal halal ke tak, pengotor atau tak,” tulisnya.
Hantaran wanita ini dipersetujui netizen lain yang menyatakan premis makanan lain juga mengambil ramai pekerja bukan Muslim.
Selain itu juga, netizen berkongsikan jawapan yang diberikan oleh mufti mengenai persoalan hukum memakan makanan yang disediakan oleh orang bukan Islam (sumber halal).

Sumber: X
The post ‘Orang tu dah kena buang kerja, semoga aman la hidup kau potong rezeki orang’ – Netizen bidas individu aniaya pekerja kedai roti Bukit Bintang appeared first on The Reporter.

![[VIDEO] Pekerja Kedai Mamak Gigih Alihkan Pokok Tumbang Masa Hujan Undang Pujian Netizen](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)


