
Penyanyi Adira Suhaimi dan suaminya, Datuk Red hari ini telah sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat.
Selepas prosiding cerai selesai, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu dilihat mengelak daripada menjawab soalan yang diajukan wartawan.
Dia hanya tersenyum dan mahu segera beredar daripada perkarangan mahkamah.
Di ruangan komen, netizen tumpang simpati melihat Datuk Red dikerumuni wartawan yang mendesaknya untuk memberikan komen.



Kata netizen, Datuk Red sudah tentunya bersedih dengan penceraian itu namun terpaksa menutupnya dengan senyuman dan gelak tawa.
Kredit: Instagram Official Hlive


