“Orang Yang Berfikiran Tertutup Ni Mulut Mereka Sentiasa Terbuka” – Isteri Caprice Perli Siapa?

15 Oct 2022 • 12:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, penceramah bebas, PU Syed meminta penyanyi rap, Caprice untuk menguruskan soal aurat isterinya, Farra Inalis terlebih dahulu sebelum masuk campur dalam kes jenayah PU Azman.

Menerusi hantaran di IG Stories, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap PU Syed serta memintanya untuk membuat permohonan maaf jika tidak mahu rahsianya terbongkar.

Susulan ugutan tersebut, PU Syed membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Caprice dan telah memadam hantaran tersebut.

Dalam pada itu, isteri kepada Caprice iaitu Farra Inalis pula memuat naik sebuah hantaran berbaur sindiran di laman Instagram miliknya.

Masalah dengan orang yang berfikiran tertutup ialah mulut mereka yang sentiasa terbuka.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa hantaran Farra tersebut seolah-olah mempunyai maksud tersirat yang ingin disampaikan kepada pendakwah bebas yang menyentuh tentang dirinya.

Namun, ada juga segelintir netizen yang menasihatkan agar Farra juga menerima teguran tersebut dengan hati yang terbuka dan menasihatkan suaminya supaya tidak masuk campur dalam urusan orang lain.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 3 hari lalu

"Jangan Sampai Cap Bongkar Rahsia PU Pulak" - Sentuh Isu Aurat, Caprice Minta Pu Syed Mohon Maaf Dalam Masa 24 Jam