Organisasi Bantu Rakyat Palestin, Peminat Bangga Jisoo BP Derma Keuntungan YouTube Peribadi Pada ‘Save The Children’

13 Mar 2024 • 10:39 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Bukan sahaja seorang artis berbakat, Ji-soo BLACKPINK juga turut disayangi ramai kerana sikapnya yang baik hati.

Menurut laporan pada 12 Mac, Ji-soo telah menyumbangkan semua keuntungan daripada saluran YouTube peribadinya kepada organisasi ‘Save the Children’ dan dermanya dipercayai akan digunakan untuk mewujudkan hutan bakau di Ca Mau, Vietnam.

Untuk pengetahuan, organisasi tersebut telah setia memberikan sokongan buat rakyat Palestin sejak dari 1958 lagi, membuatkan peminat bangga kerana Ji-soo memilih saluran yang tepat untuk mendermakan wangnya.

Sementara itu, selepas membuka saluran YouTube peribadinya pada Januari 2023, Ji-soo telah mengumpul sebanyak 4.99 juta keahlian kini.

Menerusi saluran tersebut, penyanyi “Flower” itu juga telah menyatakan matlamatnya untuk mendermakan semua keuntungan dari YouTubenya itu kepada orang yang memerlukan.

Cayalah Ji-soo!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article