OriginOS7 Dilancarkan Untuk Peranti Vivo Global

TechnologyDigital
22 Sep 2026 • 1:00 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OriginOS7 Dilancarkan Untuk Peranti Vivo Global

vivo memperkenalkan OriginOS 7 secara global yang juga mula tersedia hari ini dalam Preview Program (beta terbuka). Berasaskan Android 17, sistem operasi ini menekankan kelancaran jangka panjang, integrasi AI, antara muka menarik, sambungan ekosistem serta keselamatan dan penjimatan tenaga.

Image from: OriginOS7 Dilancarkan Untuk Peranti Vivo Global

Antara ciri utama OriginOS 7 ialah animasi yang lebih semula jadi, serta Snap-Up Engine yang memastikan prestasi pantas dalam senario kritikal seperti pembelian tiket. Strategi pengurusan memori baharu dengan ujian ketahanan 72 bulan turut menjamin pengalaman penggunaan yang kekal lancar. Memory Fusion dan Dual Rendering pula meningkatkan kecekapan storan dan paparan.

Image from: OriginOS7 Dilancarkan Untuk Peranti Vivo Global

OriginOS 7 turut hadir dengan pembantu peribadi Jovi yang dilengkapi keupayaan dokumen, transkripsi suara, ringkasan AI dan Snap Note. Smart Call Assistant membolehkan panggilan dijawab oleh AI serta menghasilkan ringkasan perbualan, manakala AI Reader Mode memudahkan pembacaan fail PDF. AI Search pula membolehkan carian fail tanpa mengingati nama tepat, sementara Snap & Go menukar tangkapan skrin tiket kepada acara kalendar secara automatik.

Image from: OriginOS7 Dilancarkan Untuk Peranti Vivo Global

Fungsi Immersive Home memaparkan pencahayaan berubah-ubah siang dan malam, digabungkan dengan material lutsinar dalam gaya Realistic, Natural dan Soft. Tema menarik seperti Wiggle, StickIt, Pet Pals dan Glint menambah tarikan visual, manakala AOD Live Updates membolehkan pengguna melihat maklumat penting secara langsung tanpa perlu membuka skrin. Selain itu, OriginOS 7 meningkatkan hubungan antara peranti dengan sokongan kamera telefon untuk PC, integrasi dengan Apple Watch, AirPods serta akses iCloud.

Image from: OriginOS7 Dilancarkan Untuk Peranti Vivo Global

Security Shield boleh mengesan ancaman aplikasi dan rangkaian, sambil mencadangkan pengurusan kebenaran aplikasi secara automatik bagi melindungi privasi anda. BlueVolt Smart Engine pula mengurangkan penggunaan kuasa sehingga 25% ketika panggilan video beresolusi tinggi melalui Microsoft Teams. Extended Connected Standby dan Heterogeneous Computing menjimatkan lebih banyak tenaga, manakala Bypass Charging 3.0 menjaga kesihatan bateri.

Image from: OriginOS7 Dilancarkan Untuk Peranti Vivo Global

OriginOS 7 akan memulakan mula ditawarkan secara berperingkat hari ini untuk vivo X300 Pro dan peranti iQOO terpilih di India, Thailand dan Malaysia. Ia kemudiannya akan tersedia pada siri X500 serta siri X Fold dan V yang baharu. Ketersediaan ciri bagaimanapun mungkin berbeza mengikut pasaran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved