Orion Kini Memegang Rekod Kapal Angkasa Yang Bergerak Paling Jauh Dari Bumi

TechnologyDigital
30 Nov 2022 • 10:15 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Orion kini memegang rekod sebagai kapal angkasa yang boleh membawa manusia yang bergerak paling jauh dari bumi. Selepas berputar mengelilingi bulan minggu lalu, ia kemudiannya pergi ke titik 432,200 km daripada bumi. Gambar swafoto yang diambil menunjukkan Orion, bulan dan bumi dalam bingkai yang sama.

image is not available

Rekod sebelum ini dipegang oleh kapal angkasa Apollo 13 selepas misi tersebut mengalami masalah ketika cuba untuk mendarat di bulan pada tahun 1970. Menarik sekali rekod baharu ini dicatatkan pada hari ke-13 misi sejak ia dilancarkan menggunakan roket SLS.

Rekod objek buatan manusia yang bergerak paling jauh dari bumi dipegang oleh proba angkasa lepas Voyager I dan Voyager II yang telah memasuki ruang angkasa najam dengan dianggarkan terletak lebih 18 bilion km dari bumi.

image is not available

Di bawah misi Artemis I, sistem Orion akan diuji sepenuhnya dengan ia hanya membawa kargo patung sebagai ganti angkasawan. Sekiranya semua berjalan lancar, Orion akan kemudian menghidupkan roket untuk kembali ke orbit bulan sebelum menggunakan tarikan graviti untuk kembali ke bumi. Menurut perancangan asal, Orion akan mendarat di permulaan lautan Atlantic pada 11 Disember 2022.

Pada misi Artemis II pula, akhirnya empat orang angkasawan akan menaiki Orion untuk misi dengan krew pertama. Sekali lagi pelbagai ujian sistem akan dilalukan kerana masa belum tiba untuk pendaratan di bulan. Malahan kapsul pendaratan ke bulan yang dibina oleh SpaceX masih belum siap dibina selepas kontrak diberikan tahun lalu.