OSK raih untung bersih RM122.9 juta pada 1QFY24, segmen kewangan, hartanah sumbang hasil kukuh

Business & FinanceStartup
30 May 2024 • 3:42 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

OSK raih untung bersih RM122.9 juta pada 1QFY24, segmen kewangan, hartanah sumbang hasil kukuh

herman

30/05/2024 - 15:42

KUALA LUMPUR 30 Mei - Segmen perkhidmatan kewangan OSK Holdings Bhd memberikan hasil yang kukuh pada suku pertama tahun kewangan 2024 (1QFY24) dengan peningkatan pendapatan sebanyak 50% kepada RM53.2 juta berbanding RM35.6 juta.

Untung sebelum cukai pula menokok sebanyak 42% kepada RM26.1 juta berbanding RM18.4 juta pada suku pertama 2023.

Peningkatan ini didorong oleh pertumbuhan dalam portfolio pinjaman daripada RM1.3 bilion pada tahun sebelumnya kepada RM1.7 bilion pada akhir suku pertama 2024.

Keseluruhannya, OSK memulakan FY24 dalam kedudukan kewangan yang sihat dengan keuntungan bersih kumpulan meningkat 6.8% kepada RM122.9 juta, atau pendapatan setiap saham sebanyak 5.96 sen dalam suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2024 berbanding RM115.1 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Pendapatan pula meningkat 10.4% kepada RM367.9 juta dalam 1QFY24 berbanding dengan RM333.2 juta setahun sebelumnya.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Ong Leong Huat berkata, keputusan 1QFY24 mencerminkan hasil daripada komitmen berterusan untuk melaksanakan strategi pertumbuhan untuk perniagaan utama dengan fokus jangka panjang.

image is not available
ONG LEONG HUAT

"Pertumbuhan sihat dalam segmen hartanah dan perkhidmatan kewangan kami, bersama dengan prestasi stabil di seluruh segmen lain, menunjukkan ketabahan dan komitmen untuk memberikan nilai berterusan kepada pihak berkepentingan kami,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Segmen hartanah OSK menunjukkan pertumbuhan positif dengan pendapatan mencapai RM204.7 juta, meningkat 6% kepada RM192.4 juta yang direkodkan dalam 1QFY23.

"Keuntungan sebelum cukai segmen itu meningkat sebanyak 27% kepada RM36.9 juta daripada RM29 juta dalam 1QFY23.

image is not available

"Pada 31 Mac 2024, jualan belum ditagih kumpulan berada pada RM1.1 bilion. Kumpulan mempunyai jumlah simpanan tanah seluask 1,898 ekar dengan nilai pembangunan kasar yang berkesan dianggarkan sebanyak RM16.2 bilion," kata OSK.

Segmen pelaburan menyumbang keuntungan sebelum cukai sebanyak RM68.5 juta dalam 1QFY24, berbanding dengan RM72.6 juta setahun sebelumnya.

"Keuntungan sebelum cukai segmen industri secara ketara meningkat sebanyak 59% kepada RM10.1 juta yang disokong oleh peningkatan pendapatan sebanyak 6% kepada RM85.8 juta.

"Segmen hospitaliti melaporkan pendapatan yang stabil sebanyak RM24 juta, sejajar dengan suku tahun yang sama sebelum ini. Segmen ini mencatatkan peningkatan sedikit dalam kerugian sebelum cukai kepada RM0.7 juta disebabkan oleh penyusutan yang lebih tinggi selepas penyelenggaraan semula Swiss-Garden Beach Resort Kuantan," ujar OSK.- DagangNews.com