OSOM Akan Gulung Tikar Minggu Ini

TechnologyDigital
5 Sep 2024 • 9:49 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Terdahulu kami laporkan CEO OSOM, Jason Keats disaman oleh bekas ketua pegawai privasi Mary Stone Ross kerana beliau didakwa menyeleweng dana syarikat bagi menampung hobi lumba kereta beliau. Kini muncul laporan baharu daripada Android Authority bahawa OSOM akan menutup operasi syarikat seawal esok.

image is not available
OSOM OV1

Jason Keats menghantar memo kepada kakitangan bahawa syarikat akan ditutup pada hari Jumaat ini. Hanya segelintir kakitangan akan dikekalkan untuk sementara waktu bagi menyokong peranti Solana Saga yang dilancarkan beberapa tahun lalu. Dalam memo yang sama beliau menafikan dakwaan dana syarikat telah disahalahgunakan dan akan menentangnya di mahkamah kelak.

OSOM hanya sempat menawarkan telefon pintar OV1 pada 2021 tetapi jualan tertangguh ke 2022. Peranti tidak mendapat sambutan dan kemudian dilancarkan semula sebagai Solana Saga untuk menyokong rantaian blok Solana.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved