OSOM OV1 Dibatalkan Dan Digantikan Dengan Peranti Kripto Solana Saga

TechnologyDigital
24 Jun 2022 • 10:04 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

OSOM OV1 ialah peranti yang dibangunkan oleh bekas kakitangan Essential. Beberapa imej yang dikongsi oleh OSOM sebelum ini mengacah ia semakin hampir dilancarkan. Tidak seperti telefon pintar lain di pasaran, OV1 akan mementingkan privasi dan keselamatan pengguna dengan kabel mempunyai suis fizikal bagi menghalang pemindahan data.

image is not available

Tetapi kini OSOM OV1 nampaknya telah dibatalkan dengan ia akan dilancarkan dengan nama baharu Solana Saga yang memberikan penekanan kepada kripto. OSOM bekerjasama dengan syarikat teknologi wenb3 Solana bagi menghasilkan Saga. Rekaan masih sama cuma perubahan dilakukan pada perisian.

Terdapat integrasi wang kripto, token dan rantaian blok pada peranti yang menggunakan skrin 6.55″ 120Hz, cip Snapdragon 8+ Gen1, memori 12GB RAM, kamera utama 50MP, kamera ultra sudut lebar 12MP dan bateri 4100 mAh.

Peranti ini dijual pada harga $1000 (~RM4400) sebuah dengan pratempahan telahpun dibuka. Untuk melakukan pratempahan pelanggan perlu menggunakan mata wang Solana. Ia hanya akan mula dipasarkan pada suku pertama 2023.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved