“Otak Kau Okey Ke Tak? Sebab Dadah Kau Jadi Macam Ni” – Siti Jamumall Kena Cerai Talak 2 Secara ‘Live’

LocalEntertainment
15 May 2025 • 11:14 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
siti jamumall

Pempengaruh dan usahawan, Siti Jamumall sekali lagi diceraikan suaminya selepas tak sampai sebulan rujuk.

Lebih memilukan apabila lafaz yang dibuat suaminya, Aiman disaksikan lebih 20,000 penonton di sesi langsung TikTok.

Siti kata Aiman buat rumah macam hotel

Dalam video tular, mereka dilihat bertengkar mengenai perkongsian yang dibuat Siti kepada satu portal. Aiman mendakwa Siti telah membuka pekungnya kepada umum.

Siti pada awalnya mempertahankan diri sebelum Aiman kelihatan beremosi meluahkan apa yang terbuku selama ini.

@puteriysff

Bila dua dua api kesudahannya … Stay strong siti #fyppppppppppppppppppppppp #cerai

♬ original sound – PUT – PUT

Aiman juga mengaku pernah memukul Siti sebelum ini dan dia telah pun dibawa ke balai polis. Kata Aiman, dia mahu keluar daripada rumah untuk mempertahankan maruah dirinya yang selama ini dipijak oleh Siti.

Aiman mengaku pukul Siti, tapi dah kena angkut dengan polis

Teruskan, tunjuk kepada semua aku pukul kau biar mahkamah setel. Kan kau dah bawa aku ke balai polis, kan aku dah kena. Jadi untuk aku mengelakkan keganasan rumah tangga, elak aku pukul kau lagi. Sekarang ni aku taknak pukul kau dah, aku akan keluar rumah aku ambil balik maruah aku yang dipijak-pijak sebelum ini.

Kata Aiman lagi, dia mengalah dan tidak boleh melawan Siti disebabkan isterinya itu perempuan dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai.

Kau ada family yang baik, semua orang akan memenangi kau. Tak ada siapa pun pandang aku ni sebagai suami kau.

Tak cukup dengan itu, Aiman berkata selama ini hidupnya terkongkong dan dia perlu berlaku adil kepada Siti serta abangnya dalam masa yang sama.

Biar aku habis cakap, aku tak pernah cakap macam ni. Boleh tak aku cakap sekarang ni?

Keadaan dilihat tidak terkawal sebelum Siti menuduh suaminya mengambil dadah menyebabkan fikirannya tidak waras.

Aiman kemudian melafazkan cerai talak dua disaksikan penonton serta dua individu lain di rumah itu.


Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.