Oukitel WP63 akan dilancarkan di IFA Berlin minggu ini dengan ciri amat unik iaitu dilengkapi pencucuh api dan bateri sebesar 20,000 mAh. Telefon pintar ini direka khusus untuk penggemar aktiviti luar kerana menawarkan ketahanan bateri luar biasa serta ciri yang membolehkan api dimulakan ketiga berkhemah.

Seperti majoriti produk Oukitel, ia hadir dengan tubuh tahan hentakan dan kalis air. Sebuah lampu suluh besar juga diletakkan pada panel belakang. Maklumat lebih lanjut mengenai spesifikasi belum lagi dikongsi. Yang dikongsi sekadar bateri gergasi ini menyokong pengecasan 33W sahaja.

Ini bukanlah peranti dengan kapasiti bateri terbesar pernah dihasilkan. Tahun lalu Oukitel WP100 Titan dilancarkan di CES dengan bateri 33,000mAh serta sistem lampu suluh pada panel belakang.

Selain peranti unik WP63, Oukitel turut akan melancarkan Oukitel WP70 Ultra yang dilengkapi skrin 6.78″ OLED, dijana cip Dimensty 7200 dan bateri 16,000 mAh SiC dengan pengecasan 66W. Keunikan telefon ini pula ialah kamera mempunyai mod melihat dalam gelap dan kamera pengecasan haba terbina untuk tujuan memburu ataupun operasi menyelamat.
Kedua-dua peranti akan diumumkan di IFA Berlin dalam masa dua hari sahaja lagi.
Sumber – GSMArena
