“Outfit Untuk Competition Memang Gitu” – Anak Dr Halina & Dr Sheikh Muszaphar Dikritik Pakai ‘Swimsuit’

Family & Parenting
19 Oct 2022 • 1:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perkongsian angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan isterinya, Dr Halina di media sosial berkenaan tips parenting atau pencapaian anak-anak mereka sering meraih perhatian.

Baru-baru ini, pasangan itu telah berkongsi moment ketika acara pertandingan sukan renang yang disertai empat orang anaknya, Tasha, Bella, Noah dan Adam.

image is not available 7 bulan lalu

"Macam La Dia Yang Mengandung" - Kongsi Tips Yakinkan Isteri Dapat Anak Ramai, Dr Sheikh Muszaphar Dikritik Netizen

Video itu menunjukkan detik ketika mereka berenang sambil berlatar belakangkan suara Dr Halina yang menjerit bersorak memberikan semangat buat anak-anaknya.

Ramai yang memuji pencapaian dan kehebatan dua anak perempuannya dalam sukan itu dan berasa terinspirasi untuk mengajar anak masing-masing untuk berenang.

Menerusi ruangan komen, rata-ratanya merupakan golongan ibu yang rasa situasi tersebut ‘relatable’ di mana seorang ibu sudah tentu merupakan supporter terbaik bagi anak mereka.

Masing-masing menceritakan pengalaman mereka bersorak untuk anak-anak meskipun acara sukan yang disertai itu berbeza.

image is not availableimage is not available

Namun, menerusi caption Dr Halina berkata dia aware tentang komen sesetengah netizen berkenaan pakaian renang yang dipakai oleh Bella dan Tasha.

Difahamkan, segelintir individu mengkritik Dr Halina serta suami dan mendakwa bahawa swimming suit dipakai itu tidak sesuai dan tidak sopan.

Bagaimanapun, ada netizen yang memberi komen berkata pakaian untuk pertandingan acara sukan renang sememangnya sebegitu.

Outfit untuk competition memang gitu ye. Kalau wakil negeri or higher, memang kena pakai ikut spec ye.”

image is not available