Outreach Oasis Bukit Bintang Kini Sedia Solat Jumaat Secara Sementara

19 Jun 2026 • 9:48 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Outreach Oasis Bukit Bintang Kini Sedia Solat Jumaat Secara Sementara

Outreach Oasis Bukit Bintang Kini Sedia Solat Jumaat Secara Sementara

Umat Islam di sekitar Bukit Bintang kini boleh menunaikan solat Jumaat di Outreach Oasis Bukit Bintang bermula hari ini susulan kelulusan khas yang diberikan bagi tujuan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hassan berkata, kemudahan tersebut diberikan secara sementara sehingga surau Jumaat kekal di lokasi berkenaan siap dibina.

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau berkata kemudahan itu akan memudahkan umat Islam khususnya yang berada di sekitar kawasan tumpuan pelancong berkenaan menunaikan kewajipan solat Jumaat.

“Sejarah bakal tercipta di Bukit Bintang. Atas izin Allah dan kelulusan khas, solat Jumaat kini boleh ditunaikan di Outreach Oasis Bukit Bintang buat sementara waktu sehingga surau Jumaat kekal siap dibina kelak.

“Selepas ini, tak perlu kelam-kabut nak kejar masa atau bersesak pergi jauh demi menunaikan kewajipan, insya-Allah,” katanya.

Menurut beliau, inisiatif itu diharap dapat memberi kemudahan lebih selesa kepada umat Islam yang bekerja atau berada di kawasan berkenaan.

Baca juga:

Beliau turut mengajak umat Islam khususnya warga Bukit Bintang untuk hadir dan memeriahkan pelaksanaan solat Jumaat di lokasi itu sebagai tanda sokongan terhadap syiar Islam.

“Jom, penuhkan saf tanda sokongan padu ummah untuk syiar Islam.

“Hari Jumaat, hari penuh barakah. Kita rehatkan minda, bersihkan jiwa dan imarahkan solat Jumaat di Outreach Oasis Bukit Bintang,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan dilaporkan sedang berusaha menyediakan surau Jumaat yang lebih selesa di kawasan Bukit Bintang bagi memenuhi keperluan umat Islam yang beribadah di lokasi tumpuan pelancong itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved