Owner Sibuk Kerja, Pesan Abang Grab Tolong Bagi Makan Anjing Peliharaan Raih Perhatian Netizen

13 Apr 2023 • 1:21 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

‘Bagusnya owner dia. Busy2 pon ingat anjing dekat rumah. Siap order grab ’ – netizen

Owner Sibuk Kerja, Pesan Abang Grab Tolong Bagi Makan Anjing Peliharaan Raih Perhatian Netizen. Kongsian video di laman Tiktok, di mana abang Grab ini menerima pesanan dari salah seorang pelanggannya telah mencuri perhatian netizen.

Dalam pesan tersebut, pelanggan tersebut meminta pemandu Grab untuk memberi makan makanan yang dipesannya kepada haiwan peliharaannya.

image is not available
Owner Sibuk Kerja, Pesan Abang Grab Tolong Bagi Makan Anjing Peliharaan Raih Perhatian Netizen

Kongsian video abang Grab tersebut memberi makan anjing peliharaan pelanggannya telah menjadi viral di laman sosial. Kongsian video tersebut raih sebanyak 642.9K kali tontonan dan 1K komen dari netizen.

Menerusi kapsyen yang dimuat naik abang Grab tersebut, pemiliknya sedang sibuk bekerja dan telah membuat pesanan membeli makanan untuk diberikan kepada anjing peliharaannya.

Lihat video di bawah:

@ferd_husin87 bila tuan uma sebuk keje. kami bole tolong setel kan. #grabrider #fyp ♬ Me and My Pet – Eitan Epstein Music

image is not available
Sumber: Tiktok ferd_husin87

Menerusi ruangan komen, ramai yang terharu dengan tindakan abang Grab dan pemilik anjing tersebut kerana masih ingat untuk memberi makan kepada anjing peliharaannya walaupun sibuk bekerja.

Ada juga yang terhibur melihat video tersebut apabila abang Grab memberi anjing tersebut makan nasi kandar. Silap hari lagi, pemilik bagi handphone pulak dekat anjing dia pulak Rupanya, pemilik ini juga pernah memberi anjingnya makan makanan atas talian seperti pizza dan juga ayam KFC.

Lihat komen netizen di bawah:

image is not available
Sumber: Tiktok ferd_husin87

image is not available
Sumber: Tiktok ferd_husin87

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: