Oyen Curi “Spotlight”, “Fans” JDT “Sporting” Sorak Untuk ‘Kucing Oren’ Gamatkan Suasana Stadium

5 Apr 2023 • 6:10 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Oyen Curi “Spotlight”, “Fans” JDT “Sporting” Sorak Untuk ‘Kucing Oren’ Gamatkan Suasana Stadium

Singan Piala Liga Super yang berlangsung semalam menyaksikan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya memenangi perlawanan menentang pasukan Perak FC dengan kemenangan besar 5 berbalas 0.

Selain daripada kemenangan selesa yang diraih pasukan JDT, apa yang menarik perhatian dalam perlawanan semalam adalah berkenaan ‘chant’ yang dilaungkan oleh penyokong JDT.

Berdasarkan perkongsian yang dibuat oleh beberapa orang pengguna akaun TikTok. Mereka telah berkongsikan suasana gamat penonton yang melaungkan ‘kucing oren’ telah tular di media sosial.

Video yang dikongsikan oleh pengguna bernama anisafifahidris di akaun TikTok miliknya telah memaparkan aksi seekor kucing berwarna oren yang dengan selamba berada di atas trek padang ketika perlawanan sedang berlangsung.

JDT kucing oren

image is not available
Kredit TikTok

Kucing itu kemudiannya dengan tenang dilihat berlari ke arah belakang gawang gol pasukan Perak FC.

Menerusi perkongsian oleh seorang lagi pengguna TikTok, dexterawit telah berjaya merakam dari arah sudut yang berbeza berkenaan laungan gamat tersebut.

image is not available
Kredit TikTok

Chant kucing oren

“Punya boring tengok Seladang main dekat Ipoh, sampai Kucing Oren lalu pun boleh jadi bahan. Thanks Kucing Oren sebab bagi kami sedikit hiburan,” tulis kapsyen perkongsian tersebut.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan ‘chant’ yang dilaungkan berkenaan. Penonton juga sempat meninggalkan komen mereka berkenaan perkongsian tersebut.

Antara komen yang mendapat perhatian adalah:

“Tak pasal-pasal Oyen glamour sekejap. Confirm lepas ni market dia tinggi,” tulis seorang netizen.

“Hahahah buat hal pula dah budak ni, tak pasal-pasal satu stadium sorak untuk dia,” tulis seorang lagi netien yang terhibur.

“Nampaknya ni bakal pemain import untuk Perak ni, Ahmad Oyen,” tulis seorang netizen bergurau.

Terdahulu, sebuah video tular baru-baru ini menunjukkan seorang Imam tenang membelai seekor kucing yang memanjat badannya ketika sedang mengimamkan solat tarawih.

Video yang dikongsikan oleh sebuah saluran YouTube bahasa Arab mendakwa bahawa kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah masjid di Algeria.

“Seekor kucing di Algeria memanjat imam semasa solat tarawih, Maha Suci Tuhan Yang Agung,” tulis muat naik perkongsian video tersebut.

Ketika kejadian, imam tersebut didakwa sedang mengimamkan solat sunat tarawih di sebuah masjid di salah sebuah negeri Algeria, Bourg Bou Arreridj.

Sumber: TikTok

View Original Article