“Oyen Diculik Nenek” – Tular Warga Emas Letak Kucing Dalam Plastik Buat Ramai Terhibur [Video]

Family & Parenting
17 Oct 2022 • 3:08 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Tidak dinafikan, peminat kucing antara yang terbanyak ada di negara ini berbanding dengan pengemar haiwan lain.

Hal ini kerana kucing antara haiwan yang mudah untuk didapati dan senang dijaga tanpa perlu memohon sebarang lesen daripada pihak berkuasa.

Sesetengah individu memilih untuk memelihara kucing yang terbiar dijalanan kerana rasa simpati dan juga perasan sayang terhadap haiwan itu.

Letak kucing dalam plastik untuk dibawa pulang

Begitulah yang dilakukan seorang warga emas ini apabila tular video dirinya meletakkan kucing di dalam plastik untuk dibawa pulang mendapat pelbagai reaksi orang ramai.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @kaklinaaircond, kelihatan warga emas itu sedang berjalan sambil memegang beg plastik.

Lebih mencuit hati, ternyata beg plastik yang dipegang oleh warga emas itu berisi seekor kucing yang diambilnya di sekitar kawasan pasar borong, Jerantut, Pahang.

Tindakan warga emas itu pasti akan menimbulkan persoalan segelintir individu, mengapa kucing tersebut diambil dan ke mana ia akan dibawa.

Kucing tersebut diambil untuk dirawat

Menerusi hantaran video berasingan, ternyata kucing yang diambil itu sedang sakit dan warga emas terbabit mengambil haiwan terbiar itu untuk dirawat di rumahnya.

“OYEN diculik nenek HAHAHA” – Netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan reaksi yang menghiburkan dan tak kurang juga yang memuji tindakan warga emas itu untuk merawat kucing tersebut.

image is not available
Foto: TikTok/kaklinaaircond

image is not available
Foto: TikTok/kaklinaaircond

image is not available
Foto: TikTok/kaklinaaircond