Oyen Elmina sudah tiada, hidap AIDS kucing, luka di tulang belakang buat kuman cepat merebak

28 Aug 2023 • 2:41 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

TRAGEDI pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) kira-kira jam 2.40 petang Khamis lalu mengorbankan 10 nyawa.

Tidak hanya itu, seekor kucing jantan berbulu oren dipanggil Oyen turut menjadi mangsa.

Ia mengalami kecederaan serius pada bahagian kiri badan dengan kulit terkoyak lebih kurang 14 sentimeter bermula daripada bahagian rusuk hingga ke bawah badannya manakala kaki kanan depannya terseliuh ketika ditemui pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

image is not available

Dalam perkembangan terkini, kucing tular berkenaan dilaporkan sudah ‘tiada’.

Khabar duka itu dimaklumkan pemilik Klinik Veterinar Zul Erwan, Dr Zul Erwan Azmi yang merawat Oyen pada laman sosial Instagram miliknya.

Menurut Zul Erwan, kucing tersebut didapati positif virus FIV (AIDS kucing) sehingga mengakibatkan sistem imun haiwan itu terjejas.

image is not available

“Komplikasi luka yang berada pada tulang belakang membuatkan jangkitan kuman lebih cepat merebak.

“Oyen mungkin lemah dan rawatan telah diberikan sebaik mungkin, tetapi Oyen tidak dapat bertahan,” katanya menerusi hantaran di Instagram Zul Erwan Veterinary Clinic.

Sebelum ini, media melaporkan kucing tersebut yang mengalami luka di bahagian rusuk dipercayai terkena serpihan semasa nahas dijangka memerlukan masa untuk sembuh.

5 fakta kucing oyen

image is not available
Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Kucing berona jingga kekuningan atau dirujuk sebagai Oyen mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Menurut The Daily Wag, berikut adalah keunikan yang ada pada si bulus Oyen:

1-Kucing jenis Oyen juga dipanggil ginger.

2-Hasil daripada semua percampuran genetik, majoriti 80 peratus oyen terdiri daripada jantan manakala hanya 20 peratus betina.

3-Kajian yang dilakukan pada tahun 2016 mendapati Oyen memiliki sifat berburu lebih tinggi berbanding kucing warna lain.

4-Kucing berona Oyen gemar mengiau. Ia kerap berkomunikasi memberikan ekspresi dengan mengeluarkan vokal berbanding kucing lain.

5-Oyen atau dikenali sebagai Ginger adalah yang paling mesra. Ia mempunyai personalitinya yang tenang, lembut dan sangat penyayang. Oyen juga manja dan kerap menggosok muka dan badan kepada manusia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!