Wan Azizah simpati dengan keluarga Azmin

16 Jun 2019 • 10:31 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PORT DICKSON - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan rasa simpati terhadap keluarga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang terpalit dengan kontroversi video lucah.

Katanya, beliau menolak sebarang amalan ‘gutter politics’ (politik kotor) kerana beliau telah melalui pengalaman tersebut.

"Saya menolak ‘gutter politics’ ini sebab saya dah laluinya (dan) saya bersimpati dengan keluarga Azmin,” katanya ketika mengulas pengakuan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz sebagai lelaki dalam video intim membabitkan menteri berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Haziq dibebaskan dengan jaminan polis

Beliau menegaskan politik kotor tidak sepatutnya berlaku dan sebalik semua pihak perlu memberi tumpuan untuk membangunkan negara.

"Kita rakyat Malaysia kena fikirkan lebih mengenai semua kerana kita nak bangunkan negara kita," katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran suaminya, yang juga Anggota Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini, malam tadi.

Sementara itu, Anwar ketika ditanya mengenai kononnya video berkenaan dicipta olehnya dan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli bertujuan untuk memecah belahkan parti, Presiden PKR itu berkata ia merupakan satu fitnah.

"Apa alasan untuk kita buat? Ada yang kata sebab ancaman, ancaman apa?," katanya. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved