Ozlynn dedah fasa getir awal kahwin dengan Johan, netizen tumpang sebak -'Pernah dihalau, dibaling makanan'

EntertainmentLifestyle
28 May 2026 • 6:26 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Ozlynn dedah fasa getir awal kahwin dengan Johan, netizen tumpang sebak -'Pernah dihalau, dibaling makanan'

RUMAH tangga yang bahagia bukanlah sebuah mahligai yang siap dibina tanpa cacat cela, sebaliknya ia adalah sebuah runtuhan yang berjaya dibina semula dengan sabar dan air mata.

Begitulah lumrah kehidupan yang dilalui pasangan selebriti romantis, Johan dan Ozlynn Wati.

Di sebalik kebahagiaan dan kemewahan yang dikecap hari ini, siapa sangka pasangan yang sering mencuit hati peminat ini pernah melewati fasa silam yang cukup getir dan meruntun jiwa pada awal perkahwinan mereka.

Image from: Ozlynn dedah fasa getir awal kahwin dengan Johan, netizen tumpang sebak -'Pernah dihalau, dibaling makanan'

Bercakap tentang cabaran paling hebat yang pernah dilalui sepanjang melayari alam perkahwinan, ibu kepada enam cahaya mata ini tidak berselindung mengakui fasa awal perkahwinan mereka penuh dengan ranjau yang meruntun jiwa.

Menjawab pertanyaan seorang pengikut di media sosial mengenai ujian hidup bagi wanita yang dikurniakan suami yang baik, Ozlynn lantas mengimbas kembali memori silam yang menguji ketabahan dirinya.

"Ujiannya dapat pada awal perkahwinan, sadis dan sedih.

"Pernah dihalau, dibaling makanan. Tak mahu dah kenang lagi," dedahnya ringkas.

Image from: Ozlynn dedah fasa getir awal kahwin dengan Johan, netizen tumpang sebak -'Pernah dihalau, dibaling makanan'

Bagaimanapun, bagi pelakon yang terkenal dengan ketegasannya dalam mendidik anak-anak ini, kunci utama kebahagiaan mereka hari ini adalah kesetiaan untuk saling berganding tangan ketika badai melanda, bukannya memilih untuk melepaskan.

Dia juga menitipkan rasa syukur kerana segala kepahitan itu berjaya dilalui bersama suami kesayangannya itu dengan penuh kesabaran, sehingga mereka mampu berdiri teguh sehingga ke hari ini.

“Yang penting sepanjang ujian kami suami isteri hadap sama-sama.

"Sekarang menikmati ujian dengan tenang dan sabar dengan karenah anak-anak yang semakin besar," ungkapnya.

Perkongsian jujur yang menyentuh hati itu nyata mengundang pelbagai reaksi emosi daripada pengikutnya di laman sosial.

Bukan itu sahaja, ramai yang mengagumi ketabahan pasangan yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 ini, selain turut berkongsi kisah duka masing-masing yang akhirnya berbuah manis berkat kesabaran.

Image from: Ozlynn dedah fasa getir awal kahwin dengan Johan, netizen tumpang sebak -'Pernah dihalau, dibaling makanan'

"Saya doakan untuk kita semua semoga ALLAH SWT permudahkanlah urusan hamba-Mu ini, berikanlah ketenangan jiwa, dan lapangkanlah dadanya. Berikan dan kurniakanlah dia kekuatan, ketabahan dan kesabaran untuk melalui ujian ini, serta kurniakanlah kejayaan dan jalan keluar yang terbaik. Sesungguhnya ujian ini tanda kasih sayang-MU, amin ya mujib."

"Ujian awal perkahwinan saya pun sama, dihalau, difitnah, dikeji, dan dihina. Allahuakbar, masih terngiang-ngiang semua itu dalam fikiran. Tapi Alhamdulillah, sekarang pun masih diberi ujian dan dinikmati dengan tenang."

"Begitulah hidup kan, ALLAH tarik dekat sini, Dia lebihkan dekat sana. Kita takkan dapat semua. Sebab itu jangan cemburu dan iri hati tengok apa yang lebih ada pada orang, sebab kita tidak tahu ujian apa yang ALLAH beri pada dia. Dan ujian itu belum tentu kita kuat untuk lalui."

View Original Article