Ozlynn minta henti bandingkan bersalin normal atau czer – “Dua-dua ujian, semua sakit!”

Health & FitnessFamily & Parenting
24 Jun 2026 • 4:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon, Ozlynn Waty berkongsi bahawa setiap pengalaman melahirkan anak mempunyai cabaran dan tahap kesakitan yang berbeza, sama ada secara normal mahupun melalui pembedahan (czer).

Dua-dua ujia, semua sakit

Image from: Ozlynn minta henti bandingkan bersalin normal atau czer – “Dua-dua ujian, semua sakit!”

Menerusi perkongsian Threads, seorang individu berkongsi pengalaman berdepan sikap segelintir pihak yang memperlekehkan ibu yang bersalin secara pembedahan (czer), sambil menganggap kelahiran normal sebagai bentuk pengorbanan yang lebih besar.

Hantaran itu menarik perhatian pemilik nama Rozlinawaty Ismail, 45, yang menjelaskan bahawa kesakitan bersalin secara normal sukar digambarkan, khususnya ketika melalui kontraksi dan pemeriksaan bukaan oleh doktor.

“Saya ada 6 orang anak.. ada yang czer dan normal. Cerita tentang normal contractions punya sakit tak tahu nak describe macam mana, doktor datang korek nak tengok bukaan, sakit sampai jahit pun tak rasa!” balas Ozlynn, semalam.

Tambah Ozlynn, ibu yang melahirkan secara pembedahan (czer) pula perlu menanggung kesakitan selepas kesan bius hilang serta melalui tempoh pemulihan yang lebih mencabar.

“Bersalin czer pula sakit tapi tak sakit macam bersalin normal. Nak jaga lepas czer, sakit datang selepas habis bius.
“Proses berpantang pula, jaga yang bersalin normal lagi senang dari yang bersalin czer. Ada pros and cons setiap cara bersalin,” jelasnya.

Dalam pada itu, pelakon filem Libang Libu itu berharap masyarakat tidak terus membandingkan kaedah kelahiran normal dan pembedahan (czer) kerana setiap ibu tetap melalui kesakitan serta cabaran tersendiri.

Image from: Ozlynn minta henti bandingkan bersalin normal atau czer – “Dua-dua ujian, semua sakit!”

“Jadi jangan nilai orang bersalin normal atau czer, semuanya memang sakit! Lahir setiap anak pun lain-lain ujiannya. Ada yang tengah meneran, doktor suruh berhenti sebab tali pusat baby dah terbelit,” kongsinya.

Dalam satu hantaran berasingan, Ozlynn turut menasihatkan orang ramai agar lebih menghargai setiap pengalaman kelahiran dan tidak melukai perasaan mana-mana ibu.

“Untuk saya, hargai saja setiap kelahiran, jangan sakiti hati setiap ibu. Masing-masing ada ujian nak melahirkan anak, semua ada struggle sendiri ya!
“Bersalin czer untuk aku nak jaga dan nak dapat semula perut yang slim hampir setahun. Sedangkan kalau bersalin secara normal, hanya tiga bulan perut dah kempis,” tambahnya lagi.

Artikel lanjut: Ozlynn dedah kunci suami rezeki murah melimpah – “Jangan kedekut dengan isteri”

Sehubungan itu,  Ozlynn turut menzahirkan ucapan tahniah kepada semua ibu serta mendoakan mereka yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat.

Sumber: Threads jozlynnhanania

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved