P.I.E. Industrial diberi notis pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa oleh Bursa Malaysia

Business & Finance
14 Jun 2024 • 3:33 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

P.I.E. Industrial diberi notis pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa oleh Bursa Malaysia

herman

14/06/2024 - 15:33

KUALA LUMPUR 14 Jun - P.I.E. Industrial Bhd telah menerima pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) oleh Bursa Malaysia berikutan kenaikan mendadak harga sahamnya dan jumlah perdagangan hari ini.

Syarikat perkhidmatan pembuatan elektronik tersebut naik 14.54%, atau sembilan sen kepada RM7.09, mencatatkan harga tertinggi sepanjang masa.

Ia kini merupakan kaunter paling untung di Bursa Malaysia dengan 2.04 juta saham didagangkan.

Saham ini telah meningkat sebanyak 123% pada tahun ini.

Kumpulan itu ditanya jika terdapat sebarang perkembangan korporat mengenai perniagaan dan hal ehwalnya belum diumumkan.

Pertanyaan itu juga melibatkan persoalan sama ada terdapat sebarang khabar angin, laporan atau penjelasan lain yang mungkin terlibat dengan aktiviti perdagangan.

Sehubungan itu, Bursa Malaysia menasihati par pelabur untuk mengambil perhatian terhadap jawapan syarikat kepada pertanyaan UMA yang akan dipaparkan di Bursa Malaysia sebelum membuat keputusan pelaburan mereka. - DagangNews.com