P.Pinang kekal bubar DUN pada Jun

LocalPolitics
19 May 2023 • 4:47 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

GEORGE TOWN: Pulau Pinang kekal dengan perancangan asal untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow (gambar).

Chow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang berkata sepertimana perancangan asal, DUN Pulau Pinang akan dibubar sama ada minggu ketiga atau minggu keempat Jun.

Sebelum ini, katanya selain Pulau Pinang, lima lagi negeri iaitu Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan telah setuju membubarkan DUN pada dua minggu terakhir bulan Jun.

“Setiap negeri mempunyai pertimbangan masing-masing dan bergantung kepada acara kerajaan masing-masing,“ katanya pada sidang media di sini hari ini. -Bernama