Kesatuan Eropah Sahkan Penyeragaman Port Pengecasan Pada Semua Peranti Pintar Yang Dijual Disana

TechnologyDigital
3 Feb 2020 • 12:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa minggu lalu kami telah melaporkan bahawa Kesatuan Eropah mungkin akan mula menyeragamkan penggunaan port pengecasan pada semua peranti-peranti pintar yang dijual di rantau tersebut.

Terkini, ahli-ahli Kesatuan Eropah dilihat telah mengundi 582-40 untuk mengesahkan proses penyeragaman tersebut, dan ini dilihat akan memaksa semua pembina-pembina peranti untuk menggunakan port pengecasan yang sama, iaitu port USB Type-C yang sudahpun biasa digunakan oleh pelbagai jenama peranti Android.

Keputusan ini dijangka akan memberi kesan yang paling besar kepada Apple, dimana kesemua peranti iPhone mereka yang dijual di rantau Kesatuan Eropah akan perlu ditukar daripada port Lightning kepada USB Type-C pada tahun ini.

Akan tetapi, ini bukanlah kali pertama Apple akan menggunakan palam USB Type-C. Siri tablet Apple iPad Pro sudahpun menggunakan port USB Type-C tersebut, tetapi ia dijangka akan memberi kesan yang agak besar kepada perniagaan aksesori mereka akibat daripada perubahan ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved