Azan dilaungkan ikhtiar cari mangsa lemas

18 Jan 2020 • 6:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

BERITA SEMASA 18 JANUARI 2020

Laungan sayu azan secara bergilir-gilir oleh ahli keluarga mangsa lemas di Pantai Teluk Bidara meruntun hati pasukan penyelamat dan orang ramai pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Pantai Teluk Bidara, di sini.

Ia dilakukan sebagai ikhtiar dalam pencarian empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang dikhuatiri lemas ketika sedang mandi-manda di pantai itu petang semalam.

Sehingga jam 2 petang tadi, mangsa, Muhammad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed Sabarudin, Muhammad Zul Fahmi Zuki, Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan dan Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee masing-masing berusia 21 tahun masih belum ditemui.

Ikuti laporan wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim dan Farah Shazwani Ali.

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved