iOS 13 Membolehkan Anda Membuang Geolokasi Pada Gambar Sebelum Ia Dikongsikan

28 Jun 2019 • 12:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Salah satu perkara positif daripada penggunaan iOS adalah kawalan privasi yang lebih menyeluruh. Melalui iOS 13, Apple telah memperluaskan kawalan ini pada gambar, yang mana maklumat lokasinya dapat dibuang sebelum ia dikongsi kepada pengguna yang lain.

Pada sebelum ini, apabila pengguna menghantar sesuatu gambar, maklumat seperti koordinat melalui data EXIF turut disertakan bersama-sama gambar yang dihantar. Perkara ini sekaligus membolehkan seseorang individu dapat melihat lokasi gambar tersebut, dan kemudiannya melakukan sejumlah perkara yang tidak diingini melaluinya.

image is not available

Kebolehan untuk membuang data geolokasi ini sebenarnya boleh dilakukan pada iOS terdahulu, namun ia agak sedikit melecehkan. Pengguna terpaksa melakukan sejumlah perkara seperti mematikan ‘Location Services’, mengambil tangkapan skrin, atau membuat lokasi gambar ini melalui penggunaan aplikasi pihak ketiga.

Pada iOS 13, kesemua perkara ini telah dipermudahkan dengan cara yang lebih ringkas. Anda hanya perlu memilih sejumlah gambar yang ingin dikongsi > klik butang share > tekan butang ‘Options’ > dan tutup butang Include ‘Location’.

image is not available

Dengan kehadiran fungsi ini, anda tidak perlu lagi risau untuk berkongsi sesuatu gambar ke media sosial atau pihak lain, sekaligus memberi lebih jaminan kepada keselamatan anda. iOS 13 versi akhir bakal ditawarkan pada pertengahan September tahun ini, bagi peranti iPhone 6s/SE dan ke atas.