Budak 2 tahun maut dalam rompakan bersenjata di Thailand

10 Jan 2020 • 6:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

BANGKOK - Sekurang-kurangnya tiga orang termasuk kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun maut dalam kejadian rompakan bersenjata di sebuah kedai barang kemas di tengah wilayah Lopburi, Thailand semalam.

Menurut polis, lelaki bertopeng melepaskan tembakan rambang hingga mencederakan empat yang lain sebelum melarikan diri dengan barang kemas bernilai AS$16,500 (RM67,280).

"Pengawal keselamatan dan jurujual turut maut," katanya.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), penyerang dilihat memecah masuk premis berkenaan dan melepaskan tembakan sebelum melompat ke atas kaunter untuk mengambil barang kemas.

Pihak berkuasa turut menawarkan 100,000 baht (RM13,475) untuk sebarang maklumat yang membawa kepada penangkapan suspek. - AFP


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved