Ujian Pembantu Maya Paling Pintar Mendapati Google Assistant Di Tempat Pertama Dan Alexa Paling Corot

TechnologyDigital
20 Aug 2019 • 12:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tidak dinafikan sehingga hari ini Google Assistant adalah pembantu maya/digital yang paling pintar. Ia boleh memahami 100% kehendak yang pengguna inginkan dan memberi jawapan atau maklum balas yang memuaskan. Kini hari demi hari, lebih banyak data telah diperoleh dan semua pembantu digital ini sepatutnya menjadi semakin pintar.

image is not available

Duka cita dimaklumkan, Alexa kini menjadi yang paling corot. Lebih mengejutkan, kini hanya tiga pembantu maya sahaja disenaraikan. Cortana tiada lagi dalam ujian. Alexa mampu memahami 99.9% kehendak pengguna, tetapi hanya 79.8% peratus sahaja maklum balas yang tepat dibalas. Siri yang sudah lama menjadi tangga kedua kini semakin pintar. Siri kini mampu memahami 99.8% peratus kehendak pengguna dan boleh memberi maklum balas yang tepat sekitar 83.1%. Sebelum ini Siri hanya mampu memberi maklum balas yang tepat dalam peratus 74.6% sahaja.

image is not available

Google Assistant pula kini mempunyai nilai peratusan 92.9% untuk maklum balas yang tepat. Nilai Siri dan Google Assistant mempunyai perbezaan yang sangat jauh. Agaknya boleh atau tidak Siri mendahului Google Assistant? Sama-sama kita nantikan.