Permohonan lesen C2 sentiasa dibuka

8 Jul 2019 • 8:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PASIR PUTEH - Kerajaan tidak pernah menutup permohonan nelayan memiliki lesen bot C2 malah sentiasa memberi galakan untuk nelayan tradisional memperluaskan kawasan penangkapan ikan.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Muhammad Faiz Fadzil berkata, daripada 55,200 lesen bot yang dikeluarkan, hanya 1,200 lesen C2.

Katanya, sudah sampai masanya nelayan tradisional memberanikan diri bagi meningkatkan pendapatan.

"Dengan bermodalkan RM1.5 juta memiliki bot C2 melayan boleh menangkap ikan 20 batu nautika ke atas tetapi nelayan takut untuk berubah.

"Bila sebut modal jutaan, mereka takut, mereka mungkin tidak tahu kerajaan menyediakan dana untuk membantu mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Interaksi Bersama Nelayan di Restoran Persatuan Nelayan Kelantan di sini petang tadi.

Beliau berkata lagi, selain dana, agensi berkaitan seperti Jabatan Perikanan menyediakan kursus untuk nelayan memajukan diri mereka.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved