‘PA’ Didakwa Mencuri, Kena ‘Debik’ Lepas Cuba Bongkar Masalah Rumahtangga Pelakon Terkenal?

LocalEntertainment
16 Aug 2024 • 10:02 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
PA

Seorang pembantu peribadi (PA) kepada selebriti wanita terkenal ditahan polis untuk membantu siasatan kes mencuri barangan kemas.

Lapor Harian Metro, kecurian dipercayai berlaku pada Jun lalu selepas aktres berkenaan menyedari rantai emas miliknya hilang termasuk rantai emas anaknya.

Sumber Harian Metro berkata lagi, pelakon wanita popular itu juga kehilangan wang tunai RM10,000.

image is not available
Sekadar gambar hiasan

Susulan itu, polis telah menahan suspek wanita berumur 28 tahun ketika berada di perkarangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gombak Selangor.

Pemeriksaan di rumah wanita terbabit di Gombak turut menemui semula barangan kemas itu.

Sementara itu, mStar melaporkan kakak kepada pembantu peribadi yang enggan didedahkan identiti mendakwa adiknya telah dipukul aktres berkenaan sehingga mengalami trauma yang teruk.

Dakwanya, kejadian berpunca apabila adiknya cuba membongkar isu rumahtangga yang sedang dihadapi pelakon itu dengan suami yang juga artis popular kepada keluarganya.

image is not available

Artis wanita itu dikatakan sedaya upaya menutupnya daripada dihidu orang lain termasuk ibu sendiri.

Dakwa kakak kepada pembantu peribadi ini lagi, adiknya sebenarnya membuka cerita kerana berasa kasihan dengan masalah yang dihadapinya.

Tetapi pelakon itu dikatakan naik angin kerana ‘PA’ telah mencampuri urusan peribadinya. Kejadian menyebabkan adiknya mengalami kemurungan sehingga ditahan di wad sebelum dirujuk ke bahagian psikiatri.

Pelakon tersebut dan sepupunya menarik adik saya naik ke pejabat mereka, katanya untuk berbincang secara baik.

Namun tiada perbincangan berlaku, sebaliknya pelakon itu terus menumbuk bahagian dahi adik saya. Dia acukan gunting ke arahnya.

Tudung adik saya pun direntap. Ingatkan dekat situ saja dah selesai tetapi rupanya bila turun ke bawah kedai, adik saya sekali lagi dipukul dan ia berlaku di depan ibu artis itu.

Doktor menasihati adiknya membuat laporan polis mengenai kejadian itu. Namun adiknya pula ditahan kerana dituduh mencuri.

Namun, Harian Metro melaporkan pembantu peribadi telah dipukul kerana didakwa mereka cerita yang rumah tangga pelakon itu sedang bermasalah.

Pelakon berkenaan juga telah tampil membuat satu laporan polis semalam.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro | mStar