PAC bidas Kementerian Pertahanan kerana halang rancangan penstrukturan semula LTAT
19/11/2024 - 16:45
KUALA LUMPUR 19 Nov - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengkritik Kementerian Pertahanan (Mindef) kerana menghalang usaha transformasi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dengan menghentikan rancangan penstrukturan semula Boustead Holdings Bhd tahun lepas.

