PAC siasat isu tadbir urus UKM, Pelaburan Hartanah Bhd seperti dibangkitkan Laporan Ketua Audit Negara

LocalPolitics
2 Mar 2026 • 3:36 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

PAC siasat isu tadbir urus UKM, Pelaburan Hartanah Bhd seperti dibangkitkan Laporan Ketua Audit Negara image is not available hamden02/03/2026 - 15:36 Oleh Hamden Ramli editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 2 Mac - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding berhubung tiga isu utama yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara termasuk isu berkaitan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

 

Pengerusi PAC, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin dua lagi isu ialah berkaitan program Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi (R&D&C&I), dan syarikat Pelaburan Hartanah Bhd (PHB).

 

"Untuk UKM, LKAN telah membangkitkan isu-isu berhubung pelanggaran perlembagaan universiti, aktiviti pungutan hasil tanpa mandat, konflik kepentingan yang berakar umbi di kalangan penjawat awam serta kegagalan pengurusan projek naik taraf bangunan dan fasiliti uzur.

 

"Melalui LKAN, ramai dapat melihat ekosistem R&D&C&I ini jelas berdepan dengan defisit prestasi serta pembaziran, masalah tadbir urus kritikal serta kehilangan aset harta intelektual.

 

"PHB, LKAN telah membangkitkan isu berhubung pengurusan syarikat khususnya krisis tadbir urus projek fizikal yang dijalankan," katanya dalam kenyataan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Mas Ermieyati berkata, tarikh prosiding serta saksi yang akan dipanggil untuk memberikan keterangan bagi tiga isu tersebut akan ditentukan kemudian.

 

Beliau turut menegaskan komitmen jawatankuasa itu untuk memastikan dana awam diuruskan dengan integriti, ketelusan dan kecekapan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved